‘Raja takdak daulat, makan duit haram’ – Lagi penghinaan terhadap Agong dan Raja Melayu

Posted on Wednesday, March 13, 2019 | 3/13/2019


Nampaknya media sosial terus disalahguna untuk menghina dan memfitnah Agong dan Raja-raja Melayu sehingga menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Terbaru, seorang individu yang menggunakan nama ‘Sharil Chain’ telah memuat naik status memfitnah YDPA makan duit haram selain turut memaki hamun dengan perkataan yang kurang sopan.

Dia juga berani mencabar pihak polis supaya bertindak dengan segera ke atasnya seolah-olah dia tidak takut dengan undang-undang.

Berikutan itu, netizen meminta supaya pihak berkuasa menyiasat kes ini dan membawa individu tersebut ke muka pengadilan.

Jika didapati bersalah, dia perlu dijatuhi hukuman yang keras supaya ianya menjadi pengajaran kepada orang lain supaya menjaga institusi beraja di negara ini.



Sumber: cempedakcheese.com
Blog, Updated at: 3/13/2019

0 comments: