Ronaldo Tiba di JDT Bagi Berikan Suntikan Semangat

Gambar Kredit: Johor Southern Tigers

Siapa tidak kenal dengan pemain bolasepak lagenda pasukan Brazil Ronaldo yang dilaporkan kini telah selamat tiba di Johor bagi melawat dan melihat pembangunan bolasepak yang dimiliki pasukan JDT.

Ronaldo yang merupakan pembawa kemenangan dua kali Brazil di Piala Dunia itu juga akan menyaksikan sendiri perlawanan antara Harimau Selatan dan Gyeongnam FC dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) malam ini.

Gambar Kredit: Johor Southern Tigers

JDT akan melayan kelab Republik Korea itu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos dan ia adalah aksi kedua JDT dalam Kumpulan E selepas tewas 2-1 kepada wakil Jepun, Kashima Antlers, sebelum ini.

Kehadiran Ronaldo ini nampaknya sedikit sebanyak akan menyuntik semangat dan kata-kata bagi mempersiapkan moral pemain dan diharapkan juga penyokong dapat memberikan sokongan yang padu dalam memburu mata sulung dalam saingan ACL.


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.



Sumber: Oh! Media