Seorang Pelajar Tahfiz Maut dan 9 Lagi Parah - MPV Terbalik


Semalam berlaku satu kemalangan yang melibat sebuah MPV membawa 9 pelajar tahfiz dan seorang daripadanya meninggal dunia.

Amirul Hakimi, 11 tahun yang merupakan pelajar Madrasah Tahfiz Ar Rayyan, Bandar Tenggara, Kota Tinggi disahkan meninggal duniadi lokasi apabila MPV yang dinaiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 18.2 Lebuh Raya Utara-Selatan ke arah selatan.

Pemandu yang juga mudir madrasah tahfiz berkenaan juga dilaporkan parah, manakala 8 lagi pelajar tahfiz turut parah.

Semua mangsa dipercayai dalam perjalanan ke Himpunan Rakyat Jangan Hina Nabi Kami peringkat negeri yang diadakan di hadapan Masjid Bandar Baru Uda.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata kemalangan dipercayai berlaku akibat tayar kenderaan pecah sebelum MPV itu terbabas dan terbalik.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media