Seorang Rakyat Malaysia Terkorban - Gempa Bumi Lombok

Posted on Monday, March 18, 2019 | 3/18/2019



Semalam telah berlaku satu gempa bumi pada magnitud 5-8 di Lombok Timur Indonesia dan seorang rakyat Malaysia dilaporkan telah terkorban manakala enam lagi masih hilang.

Kementerian Luar juga melaporkan sewaktu kejadian gempa berlaku, mangsa berada di Air Terjun Kelep Senaru yang berlaku pada jam 2.07 petang.

“Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerima laporan bahawa seorang warga Malaysia terkorban manakala enam lagi belum dapat dikesan dalam kejadian itu.

“Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan dan hingga kini pihak berkuasa tempatan masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden itu,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, gegaran akibat gempa bumi itu turut dirasai di kawasan Lombok Utara, Lombok Timur, Lombok Barat, Lombok Tengah, Mataram di Nusa Tenggara Barat dan sebahagian kawasan selatan Pulau Bali.

Sumber: Berita Harian


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/18/2019

0 comments:

Loading...