Serangan di Christchurch, mufti gesa haramkan PUBG, Syed Saddiq kata tiada kaitan

Insiden tembakan pengganas Kristian ke atas dua buah masjid di Christchurch, Jumaat lalu sehingga kini telah mengorbankan 50 umat Islam manakala puluhan yang lain cedera parah termasuklah beberapa orang rakyat Malaysia.

Apa yang menyedihkan, serangan itu disiarkan secara menerusi Facebook seperti perma­i­nan PUBG, sejenis permainan tembak-menem­bak.

Haramkan PUBG

Berikutan insiden itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad mahu pihak kerajaan mengharamkan permainan atas talian tersebut kerana ia mendidik generasi muda ke arah aktiviti keganasan selain menghilangkan perasaan belas kasihan.

“Bagi saya permainan seperti ini sudah dirancang dalam tempoh yang lama. Tujuannya membentuk generasi muda menyukai aktiviti perang, tempur dan ganas,” katanya.

Mohd Yusof berkata, bagi umat Islam, bermain PUBG bukan amalan yang baik dan boleh melalaikan kerana bermain menggunakan komputer riba atau telefon bimbit.

Ada atau tiada tetap sama

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman beranggapan bahawa unsur keganasan tetap berlaku walaupun tiada aplikasi PUBG.

Syed Saddiq berkata, permainan tersebut tidak boleh dikaitkan dengan tindakan ganas seseorang kerana sifat ekstremisme merupakan fahaman individu.

“Jika seseorang itu ada fahaman ekstremis, dia tetap akan lakukan (serangan), seperti tahun lalu, bila tiada PUBG, tetap keganasan itu berlaku.

“Ini tidak kena mengena, kita tidak perlu mengharamkan semua permainan hanya kerana ia berkait rapat dengan unsur penembakan, ia lebih daripada itu,” katanya.

Bagus haramkan je…

Rata-rata netizen telah memberi maklum balas yang pelbagai. Ada yang menyokong dan ada juga mengatakan bahawa PUBG bukanlah punca utama berlakunya serangan tersebut.

Sokong Syed Saddiq



Sumber: cempedakcheese.com