Solat Jenazah Ghaib Akan Diadakan Selepas Solat Jumaat Esok



Esok, seluruh masjid di seluruh negara disaran untuk melakukan solat jenazah ghaib selepas solat Jumaat bagi adik Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun yang dilaporkan telah terkorban dalam serangan pengganas di Christchurch, New Zealand.

Ini disarankan oleh Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang turut akan melawat keluarga Allahyarham Muhammad Haziq di Christchurch dan beliau turut dikhabarkan akan menunaikan solat Jumaat di sebuah daripada masjid yang diserang serta menyampaikan khutbah Jumaat.

Difahamkan, keluarga terdekat Allahyarham sudah berada di Christchurch memandangkan bapanya, Mohd Tarmizi Shuib, 42, turut menjadi mangsa serangan berkenaan dan masih dirawat di hospital.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia (di New Zealand) akan memberikan bantuan kepada keluarga dalam proses pengebumian jenazah Allahyarham,” katanya.






Sumber: Oh! Media