Steve Wozniak Menyatakan Minat Untuk Membawa Teknologi Skrin Boleh Lipat Untuk Apple

Posted on Friday, March 01, 2019 | 3/01/2019



Nampaknya syarikat Apple telah mula menunjukkan minat mereka dengan teknologi inovasi skrin boleh lipat yang ditampilkan oleh Samsung dan Huawei untuk model Galaxy Fold dan Mate X.

Ini setelah, pengasas bersama Apple iaitu Steve Wozniak telah mengatakan di dalam satu temubual bersama Bloomberg bahawa beliau turut berminat dan berhasrat untuk memiliki telefon pintar dengan skrin boleh lipat.

Selain itu, Steve turut mengakui kepantasan pesaing-pesaing mereka yang sering hadir dengan pelbagai inovasi telah membimbangkan Apple dan perlu bekerja keras lagi bagi memastikan jenama ini terus releven serta menjadi pilihan ramai.



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/01/2019

0 comments:

Loading...