Syarikat ini tawar cuti bergaji jika tiada mood bekerja

Jika anda tiada mood untuk bekerja hari ini boleh ambil cuti? Itu yang dilakukan oleh sebuah syarikat, China Dinosaurs Park yang membenarkan pekerjanya megambil cuti sekiranya tiada mood.

Lebih menarik, syarikat taman tema itu juga turut memberi sehari cuti bergaji setiap bulan khas untuk para pekerjanya berehat di rumah.

Polisi yang diperkenalkan oleh syarikat itu sejak tiga tahun lalu bertujuan untuk meningkatkan prestasi, emosi serta membuatkan pekerja lebih bersemangat untuk bekerja memandangkan mereka sentiasa berdepan dengan pelbagai kerenah pengunjung taman tema.

Menurut wakil syarikat tersebut, pekerja yang berada dalam keadaan gembira pasti akan mampu melayan para pengunjung dengan baik dan tanpa tekanan.

Bukan syarikat itu sahaja yang memperkenalkan polisi ‘cuti’ seperti itu, malah beberapa syarikat lain di China turut mengamalkan polisi ‘cuti janji temu’ untuk pekerja yang masih bujang mencari pasangan.

Agak-agak, bila pula giliran syarikat di Malaysia akan memperkenalkan polisi ‘cuti’ seperti ini. Takut-takut nanti ada pekerja yang ambil cuti setiap hari pula nanti!



Sumber: cempedakcheese.com