Tafsir Al-Quran e-Braille Dalam Bahasa Mandarin Akan Dilancarkan JAKIM


JAKIM yang bekerjasama dengan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia ki sedang dalam usaha bagi mewujudkan Tafsir Pimpinan Ar Rahman ke dalam e-Braille untuk dimanfaatkan kepada orang kurang upaya kelihatan.

Ini juga diumumkan oleh Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang mengatakan e-Braille ini merupakan sebuah mesin taip braille elektronik berteknoogi tinggi yang telah dibina pada tahun 2009 dan telah berjaya dihasilkan pada 2016 dengan kos RM17,000 seunit.

Selain itu, JAKIM juga akan melancarkan Tasir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran Versi Mandarin dan ini dilihat dapat membantu masyarakat komunita Cina yang ingin memahami al-Quran tidak kita Muslim atau bukan Islam.

“Penggunaan Tafsir Pimpinan Rahman mudah difahami oleh pelbagai peringkat usia sama ada yang masih baru atau sudah lama memeluk Islam.

“Usaha yang dijalankan bagi memudahkan umat Islam memahami dan menghayati al-Quran dalam pelbagai bahasa adalah amat penting sebagai satu medan dakwah yang sentiasa perlu diterokai pada hari ini.

“Dengan iltizam yang tinggi, kerajaan akan teruskan langkah seperti ini supaya seluruh rakyat di negara ini dapat menerima dari sekecil-kecil manfaat sehingga sebesar-besarnya sesuai gagasan Rahmatan Lil Alamin yang diperkenalkan,” katanya.
Sumber: Oh! Media