‘Tak mahu naik kereta terbang, boleh naik kereta buluh’ – Menteri

Posted on Thursday, March 28, 2019 | 3/28/2019


KUALA LUMPUR – Akibat dikecam hebat oleh netizen, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, pihak yang berbuat demikan boleh terus hidup seperti sekarang sekiranya tidak mahu berubah.

Ujarnya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu lebih fokus kepada pembangunan modal insan dan lebih memberikan pembelajaran ilmu kepada isu pembangunan teknologi bagi memastikan masyarakat tidak tertinggal.

“Mereka boleh pilih sama ada nak terus di belakang menafikan perkara itu (kereta terbang). Mereka boleh naik kereta buat daripada buluh,” katanya di lobi Parlimen setelah selesai membahaskan Titah Diraja Kementeriannya dalam Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Jelas Mohd. Redzuan, prototaip kereta terbang yang tular di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) baru-baru ini adalah merupakan satu model yang dibina oleh anak tempatan.

Ujarnya, prototaip itu akan dibina di Jepun kerana negara ini masih belum mempunyai kemajuan untuk membina kereta terbang.

“Yang ini dibina oleh anak Malaysia dan akan dibina di Jepun sebab di sini belum ada ekosistem yang boleh bangunkan di sini,” katanya lagi.

Awal hari ini, Mohd. Redzuan turut dikritik di Dewan Rakyat dengan dihujani pelbagai soalan mengenai ‘keghairahan’ menteri itu terhadap kereta terbang.

Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (Ahli Parlimen Lenggong-BN) berkata, beliau tidak mempunyai masalah terhadap penghasilan kereta terbang cuma mahukan penjelasan yang lebih munasabah agar tidak menjadi bahan jenaka.

“Usahawan kecil menderita, pasaran tiada dan tidak berkembang serta bantuan tidak banyak. Menteri pula tumpu kepada kereta terbang, ini yang buat rakyat marah,” katanya ketika mencelah. -MalaysiaGazette



Sumber: cempedakcheese.com
Blog, Updated at: 3/28/2019

0 comments:

Loading...