Terengganu Akan Adakan Solat Hajat Seluruh Masjid dan Surau Hari Ini

Posted on Friday, March 01, 2019 | 3/01/2019



Hari ini, semua masjid di Terengganu akan mengadakan solat hajat secara serentak selepas solat Jumaat.

Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu berkata solat hajat ini bertujuan bagi memohon kebesaran Allah agar keharmonian negara terpelihara dan dijauhkan dari anasir negatif yang mengibla agama serta junjungan besar Rasulullah SAW.

“Solat hajat secara serentak di masjid dan surau ini bertujuan memelihara keharmonian negara serta menghindari anasir negatif yang boleh mengaibkan Rasulullah SAW.

“Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir,” kata Dr. Ahmad Samsuri melalui Facebooknya.


Dalam pada itu, umat Islam di Terengganu akan mengadakan Himpunan Ummah Hina Nabi SAW di beberapa buah masjid di negeri ini selepas solat Jumaat esok.

Antara masjid terlibat ialah Masjid Tok Ku Tuan Besar, Masjid Banggol Peradong, Masjid Pasir Minal di Kemaman, Masjid Pekan Ajil, Masjid Batu Rakit, Masjid Tok Ku Paloh dan Masjid Pengadang Baru.

Sumber: Utusan Online

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/01/2019

0 comments:

Loading...