Tidak rasmi: Angka korban serangan ke atas masjid mencecah 40 orang

CHRISTCHURCH: Seramai 40 jemaah terbunuh dan lebih 20 lagi cedera dalam kejadian serangan di dua buah masjid di bandar ini ketika solat Jumaat hari ini, kata Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

Penyerang bersenjatakan raifal automatik menyerbu dua buah masjid yang penuh dengan jemaah sebelum melepaskan tembakan rambang.

Lelaki warga Australia berusia 28 tahun yang menggunakan nama Brenton Tarrant di Twitter turut menyiarkan serangan itu secara langsung di media sosial.

Polis Australia mengesahkan empat orang ditangkap kerana disyaki terbabit dalam serangan itu.



Sumber: cempedakcheese.com