3 lelaki dibelasah & ditikam kerana berebut 'awek'


Tiga lelaki cedera dibelasah sekumpulan lelaki lain hanya kerana berebut 'awek' dalam kejadian di bawah Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Balik Pulau, malam Isnin, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 10:00 malam itu, dua mangsa ditikam di belakang badan serta lengan, manakala seorang lagi dipukul di kepala.

Kesemua mangsa berusia 19 hingga 26 tahun dipukul antara 15 hingga 20 lelaki.

Kakitangan di pusat kawalan jambatan yang ternampak pergaduhan itu terus memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, siasatan awal mendapati, kejadian itu berpunca daripada masalah berebutkan teman wanita. 

"Seorang daripada mangsa merampas teman wanita suspek hingga menimbulkan rasa tidak puas hati. 

"Suspek kemudian bersama beberapa rakan bertemu dengan mangsa kononnya untuk berbincang dan menyelesaikan perkara terbabit. 

"Bagaimanapun, pertemuan itu mencetuskan pergaduhan sehingga menyebabkan semua mangsa dipukul. 

"Kita akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun keseksaan kerana merusuh," katanya. 

Kesemua mangsa yang cedera dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pulau Pinang. 


Sumber : thereporter.my