Ahli Politik Anti Islam Bersikap Biadap Melempar Al-Quran


Sikap biadap ahli politik berhaluan kanan Denmark dilihat sengaja ingin menimbulkan kemarahan orang Islam apabila dengan sengaja melemparkan al-Quran.

Atas tindakannya itu juga, telah berlaku beberapa keganasan pada akhir minggu lalu yang melibatkan perhimpunan orang Islam di Denmark.

Bagaimanapun, keadaan huru hara berjaya dikawal pihak berkuasa dan 23 individu turut dilaporkan ditahan selepas gas pemedih mata dilepaskan.

Dalam laporan lain, Perdana Menteri Denmark, Loekke Rasmussen turut menyifatkan tindakan ahli politik Rasmus Paludan sebagai provokasi tidak bermakna dan menggesa rakyat agar tidak bertindah ganas.


"Bersemuka dengan dia, bukan dengan keganasan. Lindungi demokrasi dan kebebasan bersuara. Jangan biarkan tindakan provokasi seumpama itu memusnahkan perpaduan kita," katanya menerusi Twitter.

Rasmus Paludan yang sebelum ini mengatakan bahawa dia mahu Islam dilarang di Denmark telah melempar kitab suci al-Quran di Noerrebro.

Dalam kejadian itu, penunjuk perasaan berasa marah dan membaling batu kepadanya dan protes ini merebak ke bandar Copenhagen di mana orang ramai membakar tong sampah dan basikal.

Kini difahamkan, Paludan telah dikenakan hukuman berat atas sifat perkauman dan parti pimpinannya turut tiada kerusi di Parlimen dan tempatan.


Sumber: Oh! Media