Atlet Lompat Tinggi Negara Raih Gangsa di Kejohanan Balapan Australia 2019


Nauraj Singh Randhawa, atlet sukan lompat tinggi berjaya mendapatkan pingat gangsa di Kejohanan Balapan dan Padang Australia 2019 semalam.

Kejohanan yang diadakan di Sydney Olympic Park Athletic Centre itu melihatkan Nauraj berjaya melepasi ketinggian 2.20 meter (m), di tempat ketiga.

Emas bagi acara ini melihatkan Joel Baden, Victoria berjaya melepasi ketinggian 2.30m dan pingat perak milik Woo Sanghyeok, Korea Selatan pada ketinggian 2.24m.

"Ia adalah satu keputusan yang positif kerana saya dapat melepasi ketinggian 2.10m, 2.15m, 2.20m dengan hanya satu percubaan. Saya juga gemar akan teknik larian saya ketika ini kerana ia lebih lancar," kata Nauraj kepada Sukan BH, hari ini.

Dalm perkembangan lain, selepas ini Nauraj akan beraksi untuk di peringkat seterusnya dalam persiapan ke Kejohanan Olahraga Asia, Doha, Qatar yang dijadual berlangsung pada 21 hingga 24 April ini.
Sumber: Oh! Media