'Denda cuma RM2,000, pakcik yang kena bedal ni apa cerita?' - Ikutkan hati, mangsa nak saman pelawak RM3 juta


Susulan mahkamah hanya menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap pelawak Mazlan, mangsanya, Yahya Manap, 68, meluahkan rasa tidak puas hati dengan hukuman yang dijatuhkan itu. 

Menurut pengawal keselamatan itu berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu jumlah denda yang dikenakan terhadap Lan Pet Pet kerana kecederaan yang dialaminya pada 6 April lalu agak teruk. 

"Denda cuma RM2,000, pakcik yang kena bedal ini apa cerita? Pinggang masih sakit sampai sekarang akibat ditendang. 

"Maruah pakcik yang tercemar apabila dia cakap persatuan penduduk ambil pengawal bodoh bagaimana pula? 

"Pakcik kena bedal sampai diberi cuti skait selama tiga hari, kemudian terpaksa sambung cuti lima hari lagi," katanya memetik laporan dari Utusan Online. 

Menurut Yahya, meskipun mahkamah telah menjatuhkan hukuman terhadap Mazlan, dia dan keluarga tetap mahu mengemukakan saman malu terhadap Lan Pet Pet. 

Urusan saman itu diserahkan kepada peguam yang telah dipilih oleh menantunya dan jika mengikut hatinya, mahu saja dia menyaman pelawak itu sebanyak RM3 juta. 



Sumber : thereporter.my