JDT Pasukan Paling Bernilai Dalam Liga Malaysia Dengan Jumlah RM30 Juta


Mengikut nilai anggaran yang dikeluarkan oleh transfermarkt, pasukan Johor Darul Ta'zim, JDT menjadi antara pasukan yang paling bernilai di dalam Liga Malaysia dengan harga pasaran mencecah RM30 juta.

Pengiraan nilai yang merangkumi jumlah keseluruhan pasaran pemain bagi sesebuah pasukan itu dibantu dengan penguasaan beberapa pemain JDT iaitu Diogo Luis Santo yang juga merupakan pemain termahal bagi Liga Malaysia pada nilai RM4.8 juta.

Pemain kedua termahal pula milik Leandro Velazquez dengan nilai RM3.8 juta, sementara Mauricio Nascimento dan Gonzalo Cabrera di kedudukan ketiga selepas kedua-duanya dinilai pada harga RM3.6 juta.




Dua pemain berdarah campuran mereka Natxo Insa dan La'Vere Corbin-Ong juga dilihat turut menyumbang kepada status pasukan paling bernilai JDT selepas masing-masing diletakkan nilai pasaran RM3.8 juta dan RM1.3 juta.


Bagi pasukan kedua termahal di Liga Malaysia pula menjadi milik pasukan Pahang, tetapi masih jauh ketinggalan dibandingkan dengan JDT, apabila bernilai dengan nilai pasaran keseluruhan RM14.2 juta.

Melaka United yang mengikat tiga bekas kapten Harimau Malaya musim ini pula memiliki tanda harga RM13 juta untuk berada di kedudukan ketiga.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media