'Lepas turn dia dapat duit kutu RM5,000, terus senyap'


Aktiviti 'Duit Kutu' sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat terutamanya golongan wanita. Ia bertujuan bagi memudahkan seseorang itu mengumpul wang dan membeli barang keinginannya.

Akan tetapi, permainan ini sangat berisiko di mana ada ahli yang tidak jujur dan mengambil kesempatan. Walaupun sudah banyak kes yang melibatkan kerugian ribuan ringgit, ianya tidak menghalang golongan wanita dari terus terlibat dalam aktiviti tersebut. 

Terbaru, seorang wanita meluahkan rasa kesalnya terhadap 'mak kutu' yang telah menghilangkan diri selepas mendapat RM5,000.

"Salam maghrib semua. Saya nak tanya, ada sesiapa yang kenal perempuan ini? Dia mak kutu dan anak kutu saya. 

"Dia main kutu dengan saya, selepas turn dia dapat, dia terus senyap. Kutu RM3,000 dah dapat, dengan RM2,000 pun dah dapat. Dekat RM5,000 dah dapat.  

"Selepas turn dia dapat, dia terus senyap sampai sekarang. (Bila mesej di) WhatsApp, satu tick! 

"Masa turn dia dapat, bukan main kejan player. Kuala Kedah tak jauh mana Ayu, jangan sampai aku bagi hang malu," kata Shafiqa Nabli

Berdasarkan gambar, kumpulan kutu tersebut mempunyai 20 orang ahli dan setiap seorang diwajibkan untuk membayar RM200 setiap lima hari terus ke akaun ahli mengikut giliran masing-masing. 

Bagi kumpulan kutu kedua pula mempunyai 10 ahli yang mengkehendaki mereka membayar RM30 setiap 10 hari dan jumlah kesemuanya adalah RM3,000, terus dibayar ke akaun ahli mengikut giliran. 



Difahamkan, perempuan terbabit telahpun menyahaktifkan Facebooknya, malah WhatsApp dan nombor telefonnya juga tidak dapat dihubungi.


Orang ramai yang masih bermain duit kutu, anda dinasihatkan berhati-hati. 


Sumber : thereporter.my