Manchester City Rampas Semula Takhta EPL Hasil Bantuan Cardiff


Pasukan Manchester City nampaknya tidak memberikan laluan mudah buat Liverpool apabila sekali lagi berada di takhta Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan 1 mata selepas berjaya menewaskan Cardiff City 2-0 pagi tadi.

Manchester City sepatutnya mampu mencatat jaringan yang lebih besar, dan kini telah mengumpul 80 mata daripada 32 perlawanan berbanding 79 mata dari anak buah Juergen Klopp dengan masing-masing berbaki enam perlawanan.

Jika City menang kesemua enam perlawanan, mereka akan muncul juara sekali lagi dan kini peluang itu tampak cerah selepas mencacat lapan kemenangan sederet dalam perlawanan terakhir mereka.

"Kami faham, jika kami tercicir satu mata, kami tidak akan menjadi juara.

"Dengan peluang yang kami cipta, sepatutnya kami menjaringkan lebih banyak gol, itulah kekesalannya, tapi pasukan lawan juga beraksi dengan sangat baik,” kata Guardiola.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media