Messi Tunjukkan Kemampuan Sebenar - Singkirkan United Dengan Agregat 4-0

Posted on Wednesday, April 17, 2019 | 4/17/2019



Lionel Messi seperti melepaskan geram selepas berjaya menjaringkan dua gol dengan sentuhan berbisanya untuk membantu Barcelona mara ke peringkat separuh akhir dalam Liga Juara-Juara.

Barcelonan menewaskan pasukan Manchester Uniter 3-0 pagi tadi dengan agregat 4-0 dan kini hanya menantikan lawan seterusnya antara Porto atau Liverpool.

Messi kali ini berjaya menyumbat gol pertama tuan rumah pada minit ke-16 selepas menyambar hantaran lemah Ashley Young dan meledak gol kedua empat minit kemudian dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol, David de Gea.



Philippe Coutinho melengkapkan malam gemilang Barca pada babak kedua menerusi sepakan lencong yang singgah ke bucu gawang United.

"Ini adalah persembahan paling menakjubkan, inilah persembahan kami sebenar,” kata Messi kepada wartawan.

"Lima minit pertama kami agak perlahan dan gemuruh sedikit, kemudian kami berjaya menguasai permainan.”

Pada hujung saingan, penjaga gol Barca, Marc-Andre Ter Stegen menyelamatkan tandukan Alexis Sanchez bagi memastikan pelawat pulang hampa.



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 4/17/2019

0 comments:

Loading...