'Niu Niu jadi model untuk 400 pakaian dalam masa 4 hari' - Ibubapa pergunakan anak untuk jana pendapatan


Niu Niu, model cilik berusia 3 tahun merupakan model popular di kalangan pelbagai jenama pakaian di pelbagai platform perdagangan di China. Namun tiada yang mengerti 'kesakitan' yang dilaluinya selama ini sehinggalah viral dia ditendang oleh ibunya viral di media sosial baru-baru ini.

Dalam satu rakaman video yang viral, ibunya dirakam melemparkan kata-kata berikut: 

"Aku akan tendang kau sampai mati, kau percaya? Ambil bunga tu sekarang, jangan buat aku marah pada waktu penggambaran."

Difahamkan, video itu dirakam di Hangzhou, China dan ketika itu Niu Niu disuruh bekerja sepanjang hari sebagai model dab telah bekerja selama enam bulan dalam keadaan dipaksa oleh ibunya untuk bekerja keras.


Susulan viral video kejadian tersebut, semua kedai online yang dikaitkan dengan Niu Niu telah menarik balik gambar dan video dari laman web mereka. Sebanyak 110 kedai online menandatangani petisyen untuk menyokong kebajikan model kanak-kanak, tetapi tiada peraturan atau undang-undang yang dikuatkuasakan untuk melindungik anak-kanak ini.

Menyedari keadaan itu, ibu Niu Niu tampil menafikan bahawa tindakannya itu telah menyakiti Niu Niu. Jelasnya, dia menendang anaknya kerana Niu Niu berada terlalu dekat dengan jalan raya. Alasannya itu tidak masuk akal kerana dalam video tersebut, tiada menunjukkan jalan raya di kawasan itu. 

Ibunya juga mendakwa video itu dirakam oleh ibu bapa model kanak-kanak lain yang disyaki cemburu dengan kejayaan Niu Niu.

"Tidak ada ibubapa yang tidak pernah memukul anaknya. Saya jarang sekali memukul anak saya," katanya yang juga menegaskan Niu Niu tidak mengalami sebarang kecederaan dari tendangan itu serta tidak menangis.

Wanita itu turut mendakwa dia telah dibuli oleh kedai pakaian yang enggan berkerjasama dengannya lagi.


Semenjak viral video kejadian itu, tampil pula beberapa pihak mendedahkan video di mana si ibu dirakam memukul dan mengancam Niu Niu. Berdasarkan rakaman pada bulan Mac 2019, dia mengancam untuk memukul Niu Niu dengan penyangkut baju.

Dalam salah satu video, si ibu berkata "Ucapkan hello, cepat, ucapkan helo, senyum, goyangkan pinggul, pusing," dan Niu Niu segera menukar ekspresi wajahnya ke mod kerja apabila dia hampir dipukul.


Seorang pemilik kedai yang bekerja dengannya memberitahu dia dipaksa pergi ke banyak rakaman oleh ibunya, "kebiasaannya mereka memerlukan 4 minit untuk menyelesaikan satu rakaman atau 15 rakaman dalam masa satu jam."

Seorang jurugambar lain berkata Niu Niu, yang bekerja dari jam 9 pagi hingga 6 petang, dipukul di bahagian belakang kerana dia letih dan tidak dapat meluruskan belakangnya. Kes seperti Niu Niu ini sangat biasa dalam industri.

"Ada banyak ibu-bapa yang suka memaksa seperti ini, malah ada yang menahan waktu tidur anak untuk menghentikan mereka daripada membesar terlalu tinggi. Mereka tidak boleh menjadi model kanak-kanak lagi jika mereka lebih tinggi dari 160cm."

Model kanak-kanak sering memodelkan pakaian musim bunga semasa musim sejuk. Ada yang sudah tidak berasa sejuk kerana terlalu biasa dengan keadaan itu.

Niu Niu menjadi model untuk 400 pakaian dalam masa 4 hari. Model kanak-kanak seperti dia boleh mendapat RM3,000+ hingga RM6,000+ sehari. Model yang paling popular boleh mengumpul duit yang cukup untuk membeli rumah dalam tempoh 1 tahun sahaja.

Dalam satu temubual, apabila ditanya sama ada dia suka mengambil foto atau memakai pakaian mewah, Niu Niu berkata tidak, dia lebih suka berlari. Ibunya berkata Niu Niu bergurau dan kesan lebam di kakinya adalah disebabkan kecuaiannya dan terjatuh.

Adakah kita sebagai ibu-bapa sanggup memaksa anak sebegini? Adakah ini untuk masa depan mereka atau kepentingan diri semata-mata? Semoga kita tidak terjerumus di dalam dunia tamak haloba sehingga mengurangkan nilai kita sebagai ibu-bapa dan manusia. Bayangkan anak itu yang membesar dengan keadaan tertekan seperti itu. Sangat-sangat kasihan.

Silakan kongsi pendedahan ini supaya dapat menjadi iktibar semua.

Sumber: BroOhsem


Sumber : thereporter.my