Pelawak Shamsul Ghau Ghau Terima Kad Tauliah MAIS

Posted on Wednesday, April 17, 2019 | 4/17/2019



Shamsul Ghau-Ghau yang merupakan pelakon dan pelawak semalam telah berkongsikan hari gembira dalam dirinya apabila kini telah diberikan kad tauliah oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Untuk pengetahuan korang, pemberian Kad Tauliah Kategori D3 ini adalah pentauliahan bagi Tauliah Mengajar Al-Quran dan diberikan kepada mereka yang telah menguasai dengan baik. Dengan itu, Shamsul kini dibenarkan untuk mengajar mengaji di sekitar Selangor.

"Alhamdulillah. Dah dapat kad tauliah. Ucapan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah mengajar dan mendidik Pak Su. Jazakallah.

"Ini bukti kepada kawan-kawan untuk kembali belajar dan membaca al-Quran. Bacahlah al-Quran," kongsinya di Instagram.

Oh! Media: Semoga abang Shamsul Ghau-Ghau diberikan kemudahan dalam mengajar mengaji dan terus berjuang di dalam panduanNya.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 4/17/2019

0 comments: