Proton Iriz dan Persona Baharu Dipamerkan Buat Pertama Kali

Posted on Friday, April 12, 2019 | 4/12/2019



Sempena Pemeran Auto Malaysia 2019, Proton telah memperkenalkan Iriz dan Persona baharu buat pertama kalinya. Ia juga akan dirasmikan tidak lama lagi oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kedua-dua kereta itu mendapat rekaan baharu, hasil dari kerjasama antara kumpulan Reka Bentuk PROTON dan pereka dari studio reka bentuk Geely lain di seluruh dunia.


Ciri baharu lain termasuklah ‘ethereal bow’ serta corak ‘infinite weave’ yang dipadankan pada gril hadapan serta bampar hadapan dan belakang baharu di samping reka bentuk rodanya.

Proton juga telah menambah beberapa ciri lain, seperti menggunakan kad eSIM untuk memastikan kereta berkenaan kekal bersambung ke Internet.

Untuk pengetahuan korang, Proton Iriz kini juga telah menerima 367 penambahbaikan dan Persona pula telah menerima 303 penambahbaikan. Setakat ini sebanyak 8,000 tempahan telah diterima Proton.



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 4/12/2019

0 comments:

Loading...