Ramai persoalkan isteri Mat Sabu rasmi kapal perang baharu, Panglima Tentera Laut jelaskan itu adalah acara tradisi

Posted on Tuesday, April 16, 2019 | 4/16/2019



Media melaporkan, 15 April lalu, isteri kepada Menteri Pertahanan iaitu Puan Hajjah Normah binti Alwi, telah merasmikan kapal perang baharu TLDM (Littoral Mission Ship - LMS) yang diberi nama 'KERIS'. 

Majlis Perasmian LMS yang pertama itu dirasmikan oleh Normah. 

"Nama KERIS dipilih bersempena dengan nama Kapal Ronda (Patrol Craft) Kelas KRIS yang telah dilucutkan tauliah pada 1 Ogos 2005," katanya. 


Bagaimanapun, timbul persoalan beberapa pihak yang mempersoalkan kredibiliti Normah yang merasmikan kapal tersebut. 

Sementara itu, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany berkata, upacara perlancaran dan menamakan kapal TLDM oleh seorang wanita atau 'Lady Sponsor' adalah acara tradisi sejak armada pertahanan maritim itu ditubuhkan. 

Lady Sponsor atau wanita yang terpilih adalah daripada kalangan isteri kenamaan seperti isteri kepada Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, kerabat diraja atau Sultan. 


“Ia adalah upacara tradisi yang sudah dilaksanakan sejak Royal Navy ditubuhkan namun ia disesuaikan dengan syariat Islam dan adat ketimuran Malaysia.

“Bagi kapal-kapal yang dinamakan sempena nama negeri, isteri atau wanita yang ada kaitan dengan negeri terbabit akan dipilih," katanya.

Justeru katanya, upacara pelancaran dan penamaan kapal TLDM oleh wanita atau Lady Sponsor adalah amalan biasa.

Berdasarkan perkongsian netizen, portal Keadilan Daily pada Disember 2012 pernah mempersoalkan perkara yang sama terhadap Datin Seri Rosmah Mansor yang melancarkan Kapal Latihan Gagah Samudera milik TLDM.


Dalam laporan itu, Pengerusi KOBAT, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, pelancaran itu sepatutnya disempurnakan oleh seorang yang berjawatan dalam kabinet ataupun mengikut protokol kerajaan, bukannya isteri perdana menteri. 

"Siapa yang jadi Perdana Menteri, Najib ke Rosmah? Sepatutnya diberikan kepada Agong ataupun Permaisurinya. Paling tidak, ia harus ikut protokol. Bukannya kepada isteri Perdana Menteri yang baru empat tahun mentadbir.

"Dia (Rosmah) memang 'muka tebal', tak tahu malu. Ini akan buatkan rakyat bertambah meluat dengan sikap beliau yang akhirnya memberi kesan kepada Najib (Razak)," katanya.



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 4/16/2019

0 comments:

Loading...