Rombakan Lagi Nampak Gayanya - Irfan Bakti

Posted on Monday, April 01, 2019 | 4/01/2019



Pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim, mengakui bagaikan buntu mencari 'penawar' kepada masalah prestasi penyerang import, Kipre Tchetche.

Persembahan buruk Tchetche, menurutnya, sangat menyedihkan dengan pemain Ivory Coast itu gagal menemui sentuhan jaringan dalam tujuh perlawanan Liga Super.

Malah, Irfan tidak dapat menjamin tempat penjaring kedua terbanyak liga musim lalu itu dalam kesebelasan utama menentang Ultimate FC, malam esok.

"Situasi ini normal kalau hanya satu atau dua perlawanan tapi dalam aksi persahabatan juga dia (Tchetche) susah nak jaringkan gol.

"Prestasi Tchetche dan TFC menjadi tajuk utama sejak kebelakangan ini dan saya perlu fikir tentang keutamaan pasukan," jelasnya.

Bercakap tentang aksi pusingan kedua Piala FA, Irfan berkata rombakan pemain akan dibuat bagi menghadapi Ultimate FC di Kuala Terengganu.

Pemain-pemain TFC, begitupun, diingatkan tidak mengambil mudah cabaran pasukan Liga M3 itu selain mencari kemenangan moral yang sangat diperlukan.

"Kami harus mempersiapkan diri berdepan Ultimate FC. Walaupun membuat perubahan, TFC serius untuk ke pusingan ketiga," tambah Irfan. - Arena
Blog, Updated at: 4/01/2019

0 comments: