Tok Mat 10,397 undi, Dr Streram 5,887 undi


Seperti yang dijangkakan, Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mempertahankan kerusi DUN Rantau, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) dan dua lagi calon Bebas. 

Mohamad berjaya menewaskan Dr. S Streram dengan majoriti 4,510 undi. 

Dalam pertandingan empat penjuru itu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berjaya memperoleh 10,397 undi, Dr Streram 5,887 undi, Mohd Nor 79 undi dan Malarvizhi 83 undi. 

Kemenangan Tok Mat itu menjadikan BN berjaya mencipta 'hatrik' selepas memenangi PRK Parlimen Cameron Highland dan DUN Semenyih baru-baru ini. 

Tinjauan di media sosial hari ini, 91 peratus netizen juga sudah menjangka Tok Mat akan menang, berbanding hanya 9 peratus yang berpihak kepada Dr Streram. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my