12.4 Juta Unit Terjual Untuk Permainan Monster Hunter World



Monster Hunter World merupakan permainan Capcom yang laris di pasaran dengan jumlah jualan sebanyak 12.4 juta unit walaupun baru sahaja dikeluarkan pada awal tahun lepas. Mesti ada di antara korang yang membeli permainan tersebut.

Permainan lain Capcom iaitu Resident Evil 6, Resident Evil 5 dan Resident Evil 7 mencatat jumlah yang tidak kurang hebatnya. Masing-masing berjaya untuk menjual sebanyak 7.5 juta unit, 7.3 juta unit dan 6.4 juta unit.

Walaubagaimanapun. Resident Evil 2 versi olahan yang dikeluarkan pada awal tahun ini hanya terjual sebanyak 4.2 juta unit dan masih kekurangan 700 ribu unit berbanding Resident Evil 2 yang asal. Di Samping itu, permainan Devil May Cry 5 yang bary sahaja dikeluarkan pada awal bulan Mac telah terjual sebanyak 2.1 juta unit dalam masa sebulan.




Bagi Oh! media ianya adalah satu pencapaian yang sangat memuaskan untuk pihak Capcom. Semoga Capcom berjaya untuk mengekalkan jualan mereka pada masa akan datang serta dapat mengatasi rekod jualan permainan mereka iaitu Monster Hunter World.









Sumber: Oh! Media