Aliff Aziz Menangis Lafazkan Cerai Talak Satu


Pelakon Aliff Aziz akhirnya melafazkan cerai talak satu ke atas isterinya Bella di Mahkamah Rendah Syariah hari ini selepas melalui beberapa kontroversi, termasuk tersebarnya gambar panas dia bersama seorang wanita.

Aliff kelihatan menangis di sepanjang prosiding berlangsung dan sempat bersalaman dengan bekas isterinya Bella sebelum melafazkan cerai pada jm 3.45 petang.

Untuk pengetahuan korang, Bella sebelum ini telahpun memfailkan permohonan cerai pada 21 Mac lalu dan Hakim Syarie Izzat Syazii Murshid telah mensabitkan penceraian dengan talak satu serta meminta plaintif menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan sijil nikah mereka dibatalkan.

Aliff juga telah diarahkan untuk memberikan nafkah kepada anaknya yang berusia dua tahun sebanyak RM1,000 setiap bulan ke akaun milik Bella bermula bulan ini.

Aliff yang berkemeja hitam mengangguk dan bersetuju selepas ditanya Izzat berhubung nafkah dan persetujuannya untuk bercerai.

Mereka berkahwin pada 9 September 2016 itu dikurniakan seorang anak lelaki berusia dua tahun.

Sumber: Oh! Media