Belum ada perancangan rombak Terengganu FC - Nafuzi Zain

Posted on Friday, May 17, 2019 | 5/17/2019



Pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Mohd Nafuzi Zain, memberi bayangan akan mengekalkan 'sentuhan' Irfan Bakti Abu Salim untuk aksi bertemu Felda United, esok.

Membentuk pasukan TFC bersama Irfan sejak 2017, bekas pemain negeri itu berkata tiada keperluan untuk mengubah apa yang disifatkannya sebagai sudah cukup baik.

Menurut Nafuzi, memang lumrah bola sepak yang ada turun naiknya dan TFC ketika ini dinafikan keputusan yang tidak menyebelahi mereka.

"Ini adalah pasukan yang ke final Piala Malaysia (2018). Ini juga pasukan sama yang beraksi, tiga hari lalu.

"Tidak ada masalah pun dalam pasukan. Saya akan teruskan dan tak perlu tukar benda (pasukan) yang baik," katanya.

Kem TFC dikejutkan peletakan jawatan Irfan, kelmarin, susulan kekalahan kepada PJ City FC dan penyingkiran dalam Piala FA kepada Pahang.

Nafuzi, bagaimanapun, tidak menolak keputusan itu mungkin disebabkan desakan penyokong yang semakin memuncak.

"Penyokong yang meluahkan kekecewaan, itu hak mereka tapi kami tidak boleh puaskan hati semua pihak.

"Kami akan turun bertemu Felda dengan misi mendapatkan kemenangan moral serta mengembalikan kepercayaan peminat," jelas Nafuzi. - Arena
Blog, Updated at: 5/17/2019

0 comments: