Bil Elektrik Melambung, Suruhanjaya Tenaga Akui Kesilapan


Selepas tular di media sosial mengenai kenaikan bil elektrik yang ditanggung oleh pengguna di seluruh negara beberapa hari lepas, Suruhanjaya Tenaga hari ini mengesahkan berlakunya kecuaian teknikal, punca kenaikan ini berlaku. Daripada itu, kerajaan, melalui Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan perubahan iklim, Yeo Bee Yin mengarahkan Suruhanjaya Tenaga untuk melakukan siasatan dalam tempoh 14 hari mulai hari ini.

Suruhanjaya Tenaga sudah mengadakan pertemuan dengan pihak TNB agar memberikan tiga sebab berlakunya kenaikan bil berkenaan, namun ia tidak boleh diperincikan kerana masih dalam siasatan. Walaubagaimanapun, siasatan awal mendapati, ia punca dari kecuaian teknikal. Menurut Bee Yin, isu kenaikan berkenaan tidak berkaitan dengan kenaikan tarif.




Tambah Bee Yin, Suruhanjaya boleh mengambil tindakan keatas sebarang ketidakpatuhan undang-undang. Katanya, antara undang-undang terpakai adalah Seksyen 9C Akta Bekalan Elektrik 1990 iaitu TNB hendaklah memenuhi standard prestasi pembekalan dan perkhidmatan penggunaan elektrik. Mengulas lanjut, Bee Yin berkata, sepanjang Mei ini, Suruhanjaya Tenaga menerima sebanyak 395 pelbagai aduan daripada orang ramai dan jumlah berkenaan meningkat mendadak berbanding tahun lalu sebanyak 95 aduan.

Pengguna yang mengalami masalah berkaitan kenaikan bil elektrik boleh membuat aduan kepada TNB. Jika mereka merasakan ketidakadilan atau tidak dilayan, boleh mengadukan perkara itu kepada Suruhanjaya Tenaga. Setiap aduan yang diterima akan disiasat terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya diambil.




Sumber: Oh! Media