Datuk Dahlan Zainuddin Meninggal Dunia Malam Tadi


Malam tadi sekitar jam 9.48 malam, Datuk Dahlan Zainuddin telah meninggal dunia di Hospital Selayang selepas dilaporkan empat hari koma. Penyanyi pada era 1970-an itu juga akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zuhur hari ini.

Isterinya, Datin Effa Rizan memberitahu, beliau dan anak-anak berada di sisi Allahyarham sehingga detik terakhir.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Dahlan telahpun koma selepas diserang angin ahmar Sabtu lalu dan mengimbas detik cemas itu, Effa dilaporkan berkata, beliau dan suaminya sedang asyik berbual sebelum Dahlan tiba-tiba senyap dan tidak memberikan sebarang reaksi.

Semoga Datuk Dahlan Zainuddin ditempatkan bersama orang-orang beriman dan salam Takziah kepada ahli keluarga serta sahabat.


Sumber: Oh! Media