'Dia baru bersalin czer, nak balik naik Grab takde duit & suami pula naik motor je'


Netizen sebak membaca kisah ibu ini yang baru saja bersalin bayi perempuan, tetapi mengalami masalah kewangan dan tidak mampu menyediakan keperluan anaknya itu. 

Difahamkan, bayinya menghidap penyakit kuning dan terpaksa ditahan di hospital untuk pemantauan doktor sehingga pulih sepenuhnya. 

SEDIHNYA dengar kisah akak Aisyah sebelah katil ni. Baru bersalin secara czer. Suami dia datang naik motosikal saja. Kalau balik, tak tahu nak balik dengan apa. 

Bila cakap naik Grab kos dalam RM5, dia kata RM5 pun tak ada, (mana) nak cari duit bayar bil hospital lagi. 

Anak macam tak cukup susu. Doktor kata campur susu, dia kata "Saya nak makan pun susah". Allah. Aku ingat aku susah lagi, rupanya dia lagi susah. 

...kalau boleh balik, kami yang katil sebelah-sebelah tawarkan diri untuk tumpangkan dia balik. Tapi bila doktor dengar kata nak beli susu tak cukup (duit), doktor tahan lagi, biar hospital bagi baby susu sampai turun kuning (jaundis). 


Semoga Allah mempermudahkan urusan dia. Dia duduk tak jauh pun dengan rumah. Yang mana duduk di sekitar Taiping, kalau ada yang nak hulurkan bantuan dapur, bantuan untuk bayinya yang baru lahir, boleh maklumkan kepada saya. Nanti saya beri nombor dia. 

Sedih weii. Saya nak bagi dia baju gegirl, baby dia girl. Baby saya boy.

Mohon share, semoga Allah mempermudahkan urusan dia dan luaskan rezeki buat anak kecil dan hamba-hamba yang memberi sumbangan ikhlas. Saya hanya panjangkan sahaja. 


Sumber: Qaseh Syima


Sumber : thereporter.my