Epic Games dan Nike Akan Bekerjasama Khas Untuk Pemain Fortnite



Berita baik untuk peminat Fortnite di mana Epic Games dan Nike telah mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama untuk membawa masuk pelbagai kostum baru di Fortnite yang bertemakan kasut Jumpman Michael Jordan. Terbaik lah,
mesti ramai antara korang yang tak sabar nak guna kostum ini masa bermain nanti.

Untuk pengetahuan korang, pemain boleh dapatkan pelbagai lagi kostum yang menarik melalui pembelian V-Bucks. Selain itu, Epic games juga akan memasukkan papan luncur khas pelbagai rekaan untuk pemain dengan syarat pemain perlu menamatkan beberapa cabaran di lokasi Downtown Drop LTM.

So korang jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kostum ini di Fortnite sekarang. Jangan lupa datang ke Oh Media Gaming untuk merasai pengalaman bermain Fortnite di sana.






Oh Media Gaming atau lebih dikenali dengan panggilan OMG merupakan sebuah lagi produk Oh! Media yang ditubuhkan atas dasar minat kami dalam dunia permainan video dan demi menyahut seruan dalam memajukan Sukan Elektronik (e-Sport) di Malaysia.

Banyak yang disediakan OMG hanya untuk korang merasai sendiri pengalaman bermain permainan elektronik seperti Playstation 4, Nintendo Switch, Xbox, Racing Simulator, NesClassic dan banyak lagi.

So, korang yang belum lagi sampai OMG tu boleh terus search Google Maps atau Waze "Oh Media Gaming" dan ikuti kami di Facebook Oh Media Gaming - OMG dan Instagram @ohmediagaming.


Sumber: Oh! Media