Habis Semua iPhone Pecah Dibuatnya

Posted on Thursday, May 23, 2019 | 5/23/2019


Sumber gambar: Daily Mail

Ini baru permulaan! Itulah yang kami dapat rumuskan dari apa yang dapat dilihat dari perang ekonomi antara China dan Amerika Syarikat. Selepas Amerika Syarikat mengumumkan untuk menghalang kemasukan Huawei yang kemudiannya melakukan penangguhan selama 90 hari, media dipenuhi dengan reaksi dari pelbagai pihak dan reaksi ini sudah tentu melibatkan rakyat China sendiri.

Terbaru, tersebar video yang menunjukkan rakyat China sudah mula untuk melakukan serangan balas dengan memusnahkan iPhone dan ini sebagai sokongan mereka terhadap jenama tempatan, Huawei.

Sebelum ini, mereka memang sudah mula melakukan protes dan boikot apabila ada beberapa syarikat China telah mula mengeluarkan amaran kepada pekerja mereka untuk tidak membeli produk Apple dan jika amaran ini dilanggar, mereka tidak akan diberikan bonus tahunan.


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/23/2019

0 comments:

Loading...