"Jangan Terpedaya, Ia Bukan Dari Kami," SPRM Beri Amaran

Posted on Wednesday, May 15, 2019 | 5/15/2019



SCAM ALERT! JANGAN TERPEDAYA! Amaran ini dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu tweet terbaru mereka dengan meminta orang ramai agar tidak terpedaya dengan tipu helah scam dan kini scammer menggunakan nama suruhanjaya tersebut.

"Jangan terpedaya dengan taktik scam yang menyatakan anda terlibat dengan siasatan SPRM dan meminta anda memberikan butiran peribadi seperti nombor kad pengenalan atau nombor bank akaun.

"Ia bukan dari SPRM. SPRM tidak pernah meminta mana-mana orang untuk mendedahkan butiran peribadi melalui telefon, emel, mesej atau Whatsapp," tulisnya dalam amaran terbabit.

Aktiviti scam melalui panggilan telefon bimbit menjadi satu medium utama aktiviti pihak tertentu dan tidak bertanggungjawab dalam memperdaya mangsa sehingga boleh menyebabkan kerugian ribuan ringgit.

Jadi, kita haruslah sentiasa sedar dan jangan mudah terpedaya dan sebaiknya jika mendapat mana-mana panggilan, bolehlah korang abaikan panggilan terbabit dan lakukan pertanyaan terus dengan agensi terbabit.





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/15/2019

0 comments:

Loading...