'Kalau mau kasi uncle hisap, boleh juga' - Ibu dakwa guru di akademi memandu lakukan gangguan seksual terhadap anaknya


Kes tenaga pengajar akademi memandu mengambil kesempatan terhadap calon-calon perempuan bukanlah kes baru. Banyak kes yang berlaku tetapi kebanyakan kes itu sepi begitu sahaja tanpa sebarang tindakan. 

Dalam insiden yang terjadi baru-baru ini, seorang wanita mendakwa anaknya mengalami ganguan seksual dari guru yang ditugaskan untuk mengajarya memandu. Sepanjang sesi latihan di jalan raya, guru terbabit menunjukkan perangai yang tidak senonoh dan cuba mengambil kesempatan terhadap mangsa. 

SELAMA ini saya hanya baca di Twitter mengenai gangguan seksual yang dialami oleh golongan gadis muda, dari guru memandu mereka. Semalam, anak perempuan saya yang nombor dua sudah kena. Orang tua yang menjijikkan dan dia akan terima akibatnya dari saya esok. 

Saya fikir jika hantar anak ke akademi memandu yang dikendalikan oleh orang bukan Melayu, kes seperti ini tidak akan berlaku. Maaf, sebab kebanyakan kes yang berlaku berdasarkan perkongsian mangsa di media sosial adalah dilakukan oleh pakcik tua atau lelaki Melayu gatal. Tetapi rupa-rupanya Ah Pek Cina pun tidak kurang teruk juga perangainya. 


Anak saya kata, lelaki tua itu meminta dia memandu dari Cheras ke Setapak dan dalam perjalanan itu dia buat perangai. Dia buka video dan gambar yang tak senonoh, suruh anak saya tengok. 

"Tengok, kawan-kawan jahat I hantar ini macam punya gambar," 

Kemudian dia kata Ah Moi Melayu semua cantik, t***k besar. Dia tanya boobs anak saya warna apa, coklat ke, putih ke. 

"You putih, mesti t***k putih. Ada boyfriend tak? Pernah buat tak dengan boyfriend? Rugilah tak buat. Kalau uncle jadi your boyfriend, hari-hari kasi you." 

Anak saya kata lelaki itu kerap merenung dadanya dan dia dapat melihat kelakuan lelaki itu di hujung pandangan matanya. 

You kena faham ya, anak saya tengah drive masa ini dari Cheras ke Setapak. Dia baru belajar memandu, nak lari mana? Nak fokus jalan sebab tengah jem dan dalam masa yang sama kena hadap gangguan seksual. 

Bila dia tengok muka anak saya dah bengang, dia kata jangan marah dan dia hanya bermain-main sahaja. 

"Jangan marah ya, main-main saja. Tapi kalau mau kasi uncle hisap boleh juga," katanya sambil gelak dan menepuk paha anak saya. 

Masa ini, anak saya kata betapa dia berharap dia dapat hilang terus dan balik ke rumah. 

Sumber: Lobak Merah


Sumber : thereporter.my