‘Kapung mung ade?’ – Orang Terengganu teruja berbuka puasa berlatarbelakangkan drawbridge

Posted on Tuesday, May 28, 2019 | 5/28/2019


Amboi, cantiknya! Berbuka puasa sambil bermandi cahaya senja dan berlatarbelakangkan jambatan ikonik Terangganu, kampung anda ada?

Terletak di Kuala Terengganu, jambatan yang dikenali sebagai jambatan angkat ini menghubungkan Muara Selatan Pusat Bandaraya dan Muara Utara Seberang Takir (Kuala Terengganu – Kuala Nerus) sejauh 638 meter.

Sering menjadi tumpuan ramai sebagai lokasi berbuka puasa, foto Persisiran Payang yang diambil pada waktu senja ini cukup indah dan menenangkan.

“Kapung mung adop? Kapung aku ader”, tulis netizen di Twitter miliknya sambil berkongsi beberapa keping foto jambatan itu.

Mendapat pujian ramai, netizen turut berpesan meminta segala sampah dibuang di tempat yang betul. Kawasan tersebut perlu dijaga dengan baik untuk mengekalkan keindahannya.

Menelan belanja RM248 juta untuk disiapkan, orang Terengganu nampaknya semakin teruja apabila jambatan ini boleh digunakan tidak lama lagi.

Jambatan angkat ini dikhabarkan akan mula dibuka pada umum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Ini untuk memberi alternatif baru kepada penduduk negeri ini bagi mengelak kesesakan yang lazim berlaku di Jambatan Sultan Mahmud dan jalan Manir.



Sumber: kulihatlangitbiru.com
Blog, Updated at: 5/28/2019

0 comments:

Loading...