Lagi banyak Parti Melayu, Melayu Akan Lebih Pecah Belah - Tun Mahathir


Tun M berpendapat bahawa kerajaan memberi kebebasan untuk menubuhkan berapa banyak parti. Walaubagaimanapun Tun M menyifatkan penubuhan parti Melayu yang semakin banyak hanya akan memecahbelahkan lagi perpaduan dalam kaum itu di negara ini.

Mengambil contoh penubuhan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) diketuai Datuk Dr Ibrahim Ali, Dr Mahathir secara sinis berkata ia sesuatu yang 'cukup baik' jika mahu lihat orang Melayu dibahagikan kepada 100. Parti PUTRA menjadi parti terbaharu selepas permohonan mereka diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 8 Mei lalu.



Sumber: Oh! Media