Mahkamah sahkan Abu & Ain sah cerai talak 2 selepas Abu kemukakan fakta tambahan


Mahkamah Rendah Syariah Klang semalam memutuskan bahawa penceraian PU Abu Sufyan dan Ain 'Afini tidak sah selepas mendapati lafaz cerai yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp itu tidak sah. 

Abu dalam kenyataan awal kepada media semalam berkata, dia tidak berniat untuk bercerai secara total dan dia masih sayang dan ingin hidup bersama Ain 'Afini, serta bertanggungjawab ke atas anak yang dikandung isterinya itu. 

Berdasarkan rekod, pasangan ini telah bercerai talak satu pada 28 Januari lalu dan rujuk semula selepas sebulan kemudian. Namun selepas beberapa minggu kemudian, Abu sekali lagi menghantar lafaz cerai melalui WhatsApp kepada Ain pada jam 11.44 pagi 13 Mac selepas seminggu meninggalkan Ain.

Pada perbicaraan semalam, Hakim Nurulazhar menolak permohonan Abu yang meminta media dan orang awam berada di dalam mahkamah agar tidak mendengar kes perbicaraannya kerana isu sensitif dan mengaibkan. 

Bagaimanapun dalam laporan mStar Online hari ini mengatakan, pasangan ini telah sah bercerai talak dua selepas Abu mengemukakan fakta tambahan yang menyokong perceraian mereka selepas Abu dan isterinya berpatah balik ke mahkamah semula pada sebelah petang.  

"Ketika hakim buat keputusan (penceraian tidak sah) itu, sebenarnya ada kenyataan yang tidak penuh daripada pihak saya. 

"Ada maklumat yang tidak cukup membuatkan penceraian itu tidak sah dan saya terpaksa berpatah balik bagi menambah kenyataan," katanya kepada mStar Online

"Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas prosiding pagi tadi (Rabu), saya baru teringat ada kenyataan yang saya tidak jelaskan kepada mahkamah.

"Saya dan Ain terpaksa berpatah semula ke sana dan mahkamah akhirnya memutuskan kami sah bercerai," katanya dan enggan berkongsi mengenai fakta tambahan itu. 

Sementara itu, Ain mengesahkan perkara itu dan tidak mahu berkongsi mengenai fakta tambahan tersebut kerana ia melibatkan aib di pihak Abu. 

Sumber: mStar Online

LAPORAN BERKAITAN


Sumber : thereporter.my