Pasangan Kristian buat tahlil di rumah untuk arwah anak muallaf

Viral di media sosial gambar sekummpulan lelaki berbaju melayu dan berkopiah dipercayai beragama Islam sedang melakukan bacaan doa di dalam sebuah rumah penganut Kristian.

Menerusi gambar tersebut, dapat dilihat dengan jelas lambang salib yang digantung pada dinding rumah.

Berikutan itu, ramai yang berasa kurang senang dengan gambar tersebut sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai tindakan sekumpulan lelaki terbabit.

Majlis tahlil, anak kepada tuan rumah seorang Muslim

Tidak mahu terus disalah anggap, beberapa individu di media sosial tampil membuat kenyataan mengenai gambar tersebut.

Sebenarnya, majlis itu adalah majlis bacaan tahlil buat anak kepada tuan rumah tersebut.

Difahamkan, anak kepada pasangan penganut Kristian itu merupakan seorang muallaf dan telah meninggal dunia baru-baru ini di Terengganu.

Walaupun berbeza agama dan kepercayaan, kasih sayang antara keluarga tidak pernah luntur. Hubungan kekeluargaan yang terjalin selama ini tetap utuh dan tidak pernah putus.

Satu kebiasaan di Sarawak dan Sabah

Menurut satu lagi posting, sudah menjadi satu kebiasaan di Sarawak dan Sabah membenarkan majlis seperti itu dilakukan.

Ini kerana, majoriti masyarakat di sana saling bertoleransi antara satu sama lain walaupun berlainan agama.

Walaubagaimanpun, kesahihan mengenai maklumat tersebut masih tidak dapat disahkan oleh mana-mana pihak, tetapi diharapkan agar kisah ini mampu menjadi contoh dan teladan yang baik buat kita semua.



Sumber: kulihatlangitbiru.com