Peluru Berpandu Houthi Sasar Mekah dan Jeddah Di Pintas Arab Saudi


Pasukan Tentera Udara Diraja Arab Saudi memintas dan memusnahkan dua peluru berpandu yang dilancarkan dari Yemen oleh kumpulan pemberontak Houthi. Arab News melaporkan, peluru berpandu berkenaan dilaporkan disasarkan ke Mekah dan Jeddah.

Jurucakap pihak berkuasa negara ini menyatakan bahawa, kedua-dua peluru berpandu itu dimusnahkan di kawasan Taif pada awal pagi semalam. Penduduk di Jeddah turut memaklumkan mereka terdengar bunyi letupan yang kuat pada awal pagi semalam.

Sumber: Oh! Media