Penuh Tatoo Dan Berbuka Di Masjid. Adik Ini Seperti Tiada Kawan.

Posted on Saturday, May 18, 2019 | 5/18/2019



Viral di Twitter kisah seorang adik ni yang bertatoo penuh di tangan hingga ke leher. Dikhabarkan adik ini kelihatan tiada kawan. Mungkin tiada yang berani mendekatinya atas sebab yang mereka sendiri sahaja tahu. Sama-sama kita doakan adik ini.

Menurut perkongsian pengguna Twitter Zayan, ketika berbuka puasa beliau ternampak adik ni juga berbuka di masjid. Selepas didekati, rupanya adik ini adalah mualaf yang baru 2 tahun memeluk agama Islam.

Selepas tersebarnya gambar adik ini, ramai hamba Allah yang tampil memberikan kata-kata semangat untuk adik ini terus kuat malah ada yang ingin membawa adik ini menunaikan umrah secara percuma. MasyaAllah!


Tatoo yang kelihatan pastinya kisah silam adik ni sebelum memeluk agama Islam lagi. Dijelaskan sememangnya perbuatan bertatoo itu adalah haram tetapi mana yang dah buat, jika nak buang tak punya kewangan atau mendatangkan kemudaratan, tidak mengapa.

Segala amal ibadah tetap sah. Jika boleh tutup, maka tutuplah bagi menghindari fitnah. Bertatoo tetap sah ya solat dan segala amal yang lain.

Tetapi apa yang menghairankan adalah pandangan masyarakat itu sendiri. Terkadang, mereka yang pernah bertatoo dan berubah ini jauh lebih baik dan mulia dari kita semua. Subhanallah.

Kredit: Zayan.


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/18/2019

0 comments: