Petua Guna Buah Oren Untuk Hilangkan Batuk 'Degil'


Batuk secara berterusan merupakan situasi yang paling tidak selesa untuk dialami. Betul tak? Mana taknya, bila korang baru je mula bercakap pasti terhenti sebab batuk. Bukan itu sahaja, dalam menghadapi cuaca yang panas korang tak boleh mengambil minuman berais tau kerana risau batuk akan lebih teruk.

Sudah bermacam-macam petua telah dicuba untuk mengubati masalah batuk namun tak menjadi. Jadi, apa salahnya kalau korang cuba satu lagi petua yang jarang orang tahu iaitu menggunakan buah oren dan garam. Macam mana tu? Jom kita lihat caranya.


Cara-caranya


1. Rendam buah oren atau limau dalam air garam selama 15 minit. Tujuannya ialah hanya untuk membersihkan buah.


2. Potong bahagian atas oren seperti di dalam gambar dan tambah kira-kira 1/2 hingga 1 sudu teh garam atas permukaan yang dipotong. Untuk hasil yang baik, dicadangkan menggunakan garpu untuk cucuk-cucuk garam supaya masuk ke dalam buah oren (sunkist).



3. Letak oren (sunkist) di dalam bekas seperti di dalam gambar, kemudian masukkan dalam bekas pengukus, kalau tidak ada pengukus cukup letak dalam periuk belanga yang mempunyai penutup dan stim selama 15 minit.


4. Selepas kukus air akan terkumpul di dalam bekas yang ada limau tu, untuk elak pembaziran, perah sekali buah limau berkenaan, jus sedia digunakan, lagi bagus minum panas-panas. Boleh digantikan dengan buah mandarin juga tau. Untuk lebih sedap, carilah oren sunkist yang manis.



Apa sebenarnya kebaikan oren dan limau ni? 


Buah oren dan limau mempunyai manfaat meningkatkan aliran atau air liur, melembapkan mulut, memberi manfaat kepada paru-paru, kedua-dua oren dan limau mempunyai fungsi membuat mulut dan tekak lembap. Oleh itu, mengurangkan rasa kerengsaan yang menyebabkan gatal atau batuk.

Buah oren dalam Perubatan Cina adalah natural dan manis, jadi oren menambah manfaat kepada perut dan limpa dan menyuburkan Yin daripada kedua-dua organ. Ini bermakna bahawa oren adalah baik untuk batuk yang kering, dan ia juga lebih selamat untuk kegunaan jangka panjang.

Bagi limau pula, ia amat bermanfaat tetapi rasanya lebih berasid dan pahit, dan ia juga mempunyai fungsi tambahan melembapkan paru-paru, menghentikan batuk dan mengurangkan kahak. Limau juga hangat dan lembap, penggunaan jangka masa panjang ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan perut dan beberapa gejala haba yang lain.

Secara ringkasnya, menggunakan buah limau dalam kaedah di atas adalah lebih baik dan berkesan untuk mengurangkan kahak dan berhenti batuk, tetapi ia tidak sesuai untuk kegunaan jangka panjang.


Sumber: Oh! Media