Real Madrid Perkuatkan Barisan Serangan Dengan Pendatang Baharu?


Real Madrid menandatangani penyerang Serbia, Luka Jovic dari Eintracht Frankfurt dengan harga 60 juta euro (RM279.86 juta), lapor siaran televisyen Sky Germany awal pagi tadi. Jovic, 21, menjaringkan 10 gol buat skuad dari Jerman itu untuk ke separuh akhir Liga Europa ketika mereka disingkirkan Chelsea menerusi penalti dan sudah menjaringkan 17 gol dalam Bundesliga.


Akhbar Sepanyol, AS berkata Madrid akan mengumumkan secara rasmi pembelian pemain itu minggu depan selepas berakhir musim Bundesliga. Jovic, yang membuat 13 penampilan buat Serbia, dijangka akan menjadi yang pertama daripada beberapa pemain hebat dijangka akan menyertai Real Madrid ketika bekas juara Eropah itu mahu kembali daripada kempen yang mengecewakan musim ini.

Sumber: Oh! Media