Rekaan Modul Kamera Samsung Galaxy Note 10 Tertiris!

Posted on Thursday, May 30, 2019 | 5/30/2019



Siri Samsung Galaxy Note adalah antara siri peranti yang mempunyai citarasa penggunanya yang tersendiri. Kerana kekuasakannya, spesifikasi yang ditawarkan dan yang paling buat ia unik adalah fungsi S-Pen yang bertahan sehingga kini. Menerusi gambar yang tertiris, dapat dilihat bahawa Samsung Galaxy Note 10 bakal menggunakan 5 jenis modul lensa yang berlainan. Gambar ini juga dilaporkan mengikut rekaan schematic yang telah tertiris.



Tambahan lagi, seorang pengguna Twitter yang bernama Ice Universe berkata. Modul kamera bagi peranti ini akan diletakkan pada bahagian atas kiri, bukan pada bahagian tengah. Secara tidak langsung, rekaan kamera yang digunakan sangat berlainan dari siri Samsung Galaxy Note atau siri Samsung Galaxy S kerana dilihat pada gambar, ia menggunakan rekaan kamera jenis vertikal bukan lagi horizontal. Menurutnya lagi, Samsung dalam pertimbangan untuk memperkenalkan sistem zoom optik 10x pada siri Galaxy Note 10, jauh lebih hebat daripada alternatif 5x yang terdapat pada Huawei P30.


Manakala pada bahagian hadapan, Samsung Galaxy Note 10 mungkin akan dilengkapi dengan lubang kamera jenis Infinity-O yang terletak pada bahagian atas tengah. Namun setakat ini tiada ketirisan yang mengesahkan tentang kamera hadapan. Samsung Galaxy Note 10 dijangka bakal dilancarkan pada bulan Ogos tahun ini. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya.

Kredit : The Skop dan Phone Arena

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/30/2019

0 comments:

Loading...