Sah, Aliff ceraikan Bella dengan talak satu


Masalah rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya menemui titik noktah apabila Aliff telah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebentar tadi, lapor Harian Metro. 

Bella memfailkan permohonan cerai itu pada Mac lalu setelah satu persatu kecurangan Aliff didedahkan dan terkini Aliff dikaitkan pula dengan seorang remaja dan seorang ibu tunggal. 

Dalam kes terbaru, gambar Aliff Aziz bercumbu dengan ibu tunggal itu mula tersebar di media sosial dan sumber mengatakan gambar itu dirakam di Pulau Pinang. 

Bagaimanapun, wanita terbabit yang dikenali sebagai Meri Meifina tampil memberi penjelasan bahawa gambar itu adalah gambar lama. 


Sumber : thereporter.my