Seorang pelajar kolej maut, 24 lagi cedera selepas bas terbabas, terbalik


Sebuah bas yang membawa 25 pelajar dari Kolej Vokasional Jelebu dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuala Klawang-Seremban, berhampiran Bukit Tangga, Seremban, petang tadi. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.39 petang Khamis, seorang pelajar kolej maut, manakala 24 lagi penumpang lain dan pemandu bas cedera. 

Dua lelaki yang menaiki kereta jenis SUV Nissan X-Trail turut tercedera dalam kemalangan itu. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul berkata, bas tersebut dalam perjalanan ke Terminal One berikutan cuti sekolah, dipercayai hilang kawalan dan mengalami kemalangan dengan kenderaan SUV tersebut. 

Akibatnya, bas yang membawa 25 pelajar itu terbalik di kaki bukit, manakala SUV berkenaan terbalik di tengah jalan. 






Mayat mangsa dan mangsa lain yang mengalami kederaan dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk tindakan lanjut. Polis masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kejadian. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my