Sila Tinggalkan Madrid, Kami Sudah Ada Pengganti


Isu hangat yang sedang diperkatakan bahawa Keylor Navas akan meninggalkan Real Madrid nampaknya akan menjadi kenyataan selepas ketibaan Thibaut Courtois di Santiago Bernabeu. Ini kerana beliau dimaklumkan bahawa beliau tiada di dalam perancangan Los Blancos untuk kempen musim 2019/20.


Pengurusan kelab juga meminta agar Navas mencari kelab baharunya untuk musim hadapan. Terdapat beberapa kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat Navas selepas beraksi cemerlang bersama Real Madrid untuk kempen liga-liga sebelum ini. Untuk rekod, Navas menjuarai tiga kejuaraan UEFA Champions League, satu kejuaraan La Liga, tiga Piala Dunia Kelab, dan juga tiga Piala Super Eropah sepanjang bersama Real Madrid sebagai penjaga gol utama. Kini tugasnya diambil alih oleh Courtois yang baru dibeli oleh pemilik kelab dari Chelsea.





Madrid dikatakan mahu Courtois beraksi lebih kerap, dan Navas harus meninggalkan pasukan itu. Ini bermakna perlawanan menentang Real Betis pada Ahad akan datang adalah perlawanan terakhir buat Navas sekiranya diturunkan untuk beraksi oleh Zidane.

Sumber: Oh! Media