Suspek dicekup, motosikal dan helmet dirampas


Susulan viral video penunggang motosikal menghentak cermin sebuah kereta hanya kerana tidak puas hati dihon, lelaki terbabit telah ditahan polis hari ini. 

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Asmadi Borhan berkata, suspek berusia 30-an itu telah ditangkap sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada jam 3 petang. 

Polis turut merampas motosikal dan topi keledar yang digunakan suspek pada hari kejadian. 

Suspek yang bekerja sebagai pembantu stor kilang di Balakong akan direman setelah polis mendapatkan perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Petaling Jaya.

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN



Sumber : thereporter.my