Switch Game Voucher Untuk Pelanggan Nintendo Switch Online



Nintendo telah mengumumkan Switch Game Voucher untuk pelanggan Nintendo Switch Online di acara mereka iaitu Nintendo Direct. Selain itu, Nintendo juga turut berkongsi tentang permainan Super Mario Maker 2 yang akan muncul tidak lama lagi. So kepada semua pemain Nintendo Switch korang jangan lupa untuk dapatkan voucher ini.

Voucher yang ditawarkan berharga $99.99(RM416) untuk 2 permainan yang terdapat di eShop termasuk beberapa permainan akan datang seperti Super Mario Maker 2. Tawaran ini sah sehingga 31 Julai 2019. Untuk pengetahuan korang, setiap satu permainan yang dibeli dengan harga $59.99 korang akan jimat $19.99 selepas menggunakan voucher tersebut.




Walaubagaimanapun, hanya ada setahun sahaja masa untuk menggunakan voucher tersebut selepas korang beli. So gunakanlah peluang ini sebaiknya. bagi Oh! Media ianya bukanlah satu potongan harga yang banyak, sebab korang kena beli dua permainan yang berharga penuh untuk dapatkan harga tersebut.
Sumber: Oh! Media